Pages

Sunday, May 9, 2010

KEUPAYAAN PENGGUNAAN SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN WHAT IF?: KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KUALA SELANGOR

What If? merupakan salah satu perisian sistem sokongan perancangan yang digunakan untuk memantapkan lagi analisa perancangan khususnya analisa reruang. Salah satu fungsinya adalah untuk menganalisa senario pembangunan semasa. Senario pembangunan ini dapat dinilai menggunakan kaedah-kaedah penilaian tertentu seperti penilaian kos faedah, pencapaian matlamat pembangunan serta pencapaian mengikut polisi dan strategi. What If? merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam mempercepatkan proses penyediaan rancangan tempatan. Masalah yang sering dihadapi dalam penyediaan rancangan tempatan adalah kadar pembangunan yang terhad dan terbatas. Ini disebabkan oleh kehadiran koleksi data-data GIS yang tidak dikemaskini dan akhirnya mengakibatkan hasil analisa yang dijalankan menjadi ralat.

Penggunaan What If? di dalam Daerah Kuala Selangor adalah satu platform untuk mengenal pasti kriteria atau faktor yang akan digunakan bagi mengenalpasti kesesuaian tanah untuk pembangunan pada masa akan datang. Jenis senario pembangunan yang digunakan ke atas Daerah Kuala Selangor adalah pembangunan pinggir bandar (suburbanization). Kajian telah dilakukan bagi daerah Kuala Selangor oleh pihak IIUM Consultancies Sdn. Bhd. untuk melihat sejauh mana keupayaan dan keberkesanan perisian sistem sokongan What if? dalam memantapkan lagi serta mempercepatkan penyediaan Rancangan Tempatan. Bagi kajian yang dijalankan di Kuala Selangor, penggunaan data-data sekunder digunakan ke atas aplikasi What If?. Data seperti guna tanah, populasi, pekerjaan dan juga data-data sokongan lain memainkan peranan dalam menentukan kawalan pembangunan bagi Daerah Kuala Selangor. Ia kemudiannya akan digabungkan untuk membentuk UAZ (Uniform Analysis Zone).

Antara hasil (output) yang dijana untuk Daerah Kuala Selangor:

Analisa Kesesuaian Tanah


(1) Kawasan pembangunan komersil


(2) Kawasan Pemeliharaan

Analisa peruntukan tanah bagi jenis gunatanah


Tahun 2015


Tahun 2020


Tahun 2025


Tahun 2030

Unjuran Keperluan Tanah

Sumber: Hasil kajian yang telah dijalankan oleh IIUM Consultancies Sdn Bhd,2007.

1 comment:

  1. ada pon info pasal what if..sir i think u better add more info dalam blog ni, so that senang nak dptkan bile memerlukan.

    ReplyDelete